Sa’eda Buang

saedabuang.png

1. BIOGRAPHY

2. CRITICAL INTRODUCTION

3. SELECTED PUBLICATIONS

4. SELECTED POEMS


SELECTED POEMS

Malang, senda & citra

Jika kutahu air di hulu ‘kan pasang
tidak kutojah deburan kencang
jika kutahu air di hilir ‘kan surut
tidak kususur berlarut-larut
jika kutahu waktu ‘kan hilang
tidak kulalai berangan-angan
jika kutahu tingginya keinginan
tidak kuukur dengan ranting tulang
jika kutahu…
Aduhai, Lebai Malang!
Ke hulu lepas, ke hilir kalas!
Malang Lebai malang memanjang
Kesalnya
tradisi ini diulang-ulang
bagi yang memperkecil konsep masa
bagi yang fakir mengukur tenaga & prasarana
bagi yang alpa mentaakul cita & raga
lalu langkah salah semua kerana strategi tidakpunya
bagi yang rakus menghitung laba
itukah inti semangat modernisasi & inovasi
atau tingkah membuta tuli?
Malang bukan malang pusaka
ampuh tidaknya bayangan citra
jika putih kata diri, putihlah bangsa
jika hitam kata diri, hitamlah budaya
jika nyah kata diri, hilanglah petaka
di lapik-lapik zaman, menunggu kealpaan & kendungan
lalu bentan semula
Kini 7 keturunan 7 lapis makrifat
malang Lebai bukannya senda
renunglah budi, budaya & agama
agar ihsan pada sesame
menitik air pada yang kalis
hingga lekuk berpancaguna
bukan meremeh kedungan kita
yang gigih mengutip bertih di pasir kaca

by Sa’eda Buang
from Singapore Press Holdings (2005)

 

SELECTED POEMS: "Pustakaku dalam remang senja" >